.

Tuesday, April 16, 2019

Mengapa Warna Matahari, Bulan Dan Langit Berubah? Siri 1



Mengapa Warna Matahari, Bulan dan Langit Beruh? Siri 1.

Dalam artikel kali ini kami akan merungkaikan beberapa persoalan antaranya ialah mengapa dalam konsep Globe Earth mengikut teori sains moden kini berkaitan perubahan warna Matahari, Bulan dan Langit adalah tidak logik dan tidak boleh dibuktikan secara prototaip mahupun secara teori sains fenomena. Kami bahagikan kepada beberapa siri supaya dapat fokus kepada apa yang dibincangkan. Dimulai dengan perbincangan teori sains moden dan kritikan terhadapnya.

Apa huraian teori sains moden kini terhadap fenomena ini?

1. Fenomena yang sama diperhatikan oleh semua.

Ketika kita melihat Matahari dan Bulan dari bumi, warnanya bergantung di mana posisi bulan itu. Ketika bulan baru muncul sedikit di atas garisan ufuk, ia berwarna merah. Ketika bulan semakin naik, warnanya berubah secara beransur-ansur menjadi jingga, kuning, kemudian semakin pudar menjadi putih kekuningan. Ketika bulan telah sampai pada puncaknya, tepat di atas kepala kita, warnanya mendekati warna asalnya, putih dengan corak kawah bulan. Untuk matahari pula. Ketika terbit dan tenggelam, ia berwarna merah. Kemudian berubah secara perlahan-lahan menjadi jingga, kuning dan ketika di atas kepala, warnanya menjadi putih kebiruan.

2. Warna asal matahari dan bulan.

Matahari dan Bulan memiliki warna yang tetap. Tidak berubah-ubah warna seperti yang kita lihat dari bumi. 

3. Konsep cahaya matahari dan sinar bulan.

Cahaya yang dihasilkan matahari itu berwarna putih. Begitu juga sinar bulan yang hanya memantulkan cahaya matahari. Warna itu akan berubah ketika cahaya bulan atau matahari menembusi atmosfera bumi. Cahaya yang melalui udara berubah dalam perjalanannya sebelum sampai di mata kita. 

4. Konsep cahaya putih yang dilihat.

Seperti yang kita ketahui, cahaya putih terdiri daripada spektrum warna pelangi. Sinar matahari yang asal warnanya putih merambat melalui ruang angkasa lepas vakum dengan halaju 300,000 km/saat. Ketika masuk ke ruang atmosfera bumi, sebahagian cahaya merambat dengan baik dan tiba di bumi dengan warna putih. Matahari yang dapat kita lihat dengan warna mendekati warna asalnya ketika berada tepat di atas kepala kita. Ketika itu, cahaya matahari merambat melalui sedikit atmosfera, bermakna cahaya merambat melalui hanya sedikit molekul-molekul udara. Akibatnya, hanya sedikit cahaya yang terurai atau diserakkan dan sebagian besar dapat dilihat oleh mata kita.

5. Konsep cahaya selain putih dilihat.

Tetapi, ketika matahari begitu hampir dengan garisan ufuk, warnanya berubah. Saat itu, cahayanya perlu merambat melalui lapisan tebal udara yang hampir dengan tanah.  Pertembungan dengan molekul udara yang lebih banyak dari biasanya. Ditambah debu dan pencemaran udara yang menambah partikel cahaya yang diuraikan atau diserakkan. Udara di bumi terdiri daripada molekul-molekul gas, sebagian dari cahaya berlanggar dengan molekul-molekul ini dalam perjalanannya sampai ke permukaan bumi. Nitrogen, oksigen, dan gas lain yang berada di udara, di tambah partikel-partikel kecil seperti debu, asap, dan pencemaran udara lain, telah menjadikan cahaya bulan dan matahari berwarna merah yang tiba di mata kita.  Dan pada ketika itulah, cahaya matahari terurai atau diserakkan. Pada saat tiba di mata kita, yang tinggal hanya warna merah. Sehingga kita seolah melihat matahari sebagai bola api raksasa ketika terbit dan tenggelam. Cahaya biru yang paling banyak terurai atau terserak dari warna asalnya iaitu cahaya putih. Jadi, pada saat cahaya matahari mencapai mata kita, warna yang tertinggal adalah warna-warna panas. Ini lah yang menjadikan matahari berwarna merah  jingga dan kuning.

7. Konsep yang sama terhadap bulan.

Perkara yang sama juga terjadi pada bulan. Ketika bulan dekat dengan garisan ufuk, kita dapat lihat bulan berwarna merah cerah di kaki langit. Dan ketika bulan semakin tinggi, warnanya berubah kepada jingga, kuning, kemudian semakin cerah dan putih keabu-abuan.

8. Udara kotor menyebabkan perubahan cahaya.

Semakin kotor udara di sekitar kita, semakin spektakular lah (menyerlah/ menarik perhatian) warna bulan dan matahari yang boleh kita lihat. Mungkin itulah salah satu keuntungan tinggal di kota besar.

======================

Komen terhadap teori sains moden kini terhadap perubahan warna matahari dan bulan berbanding posisinya.

1. Berkaitan perubahan warna matahari dan bulan tiada masalah kerana ia menyatakan tentang fenomena yang semua orang dapat perhatikan perkara yang sama.

2. Warna yang tetap iaitu warna putih adalah asas kepada cahaya dan boleh diserakkan kepada spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi.

3. Cahaya putih dan pantulannya kepada bulan tiada masalah. Yang bermasalah ialah perubahan warna cahaya tatkala melalui ketumpatan udara daripada keadaan vakum kepada atmosfera bumi yang dipenuhi dengan udara dan debu-debu. Perkara ini tidak logik sama sekali apabila dikaitkan dengan perubahan warna putih diurai/ diserakkan kepada spektrum cahaya. Ini kerana, spektrum cahaya yang diserakkan daripada warna putih perlu diperincikan dengan frekuensi dan panjang gelombang menyebabkan cahaya tampak dengan warna berbeza-beza. Jika dilihat kepada laluan cahaya dengan nisbah jarak yang tidak masuk akal menyebabkan teori berkaitan warna cahaya menjadi rosak atau tidak relevan terhadap teori spektrum cahaya sebenar.

4. Penyerakan warna putih kepada spektrum warna tidak dapat diperincikan hanya dengan menyatakan halaju 300,000 km/saat cahaya putih yang merambat melalui ruang angkasa lepas yang berkeadaan vakum yang memasuki ruang atmosfera bumi, merambat melalui ketumpatan berbeza tidak sesuai dan salah sama sekali untuk digunakan dalam menerangkan berkaitan penyerakan cahaya menjadi spektrum warna. Ini kerana ia melibatkan teori gelombang cahaya yang berkait rapat dengan panjang gelombang dan frekuensi gelombang yang mana mesti mengambil kira jaraknya antara cahaya yang terhasil.

5. Masalah dalam menentukan jarak di mana  perubahan cahaya itu berlaku tidak dapat ditentukan dengan jelas. Ketika perubahan cahaya matahari dan bulan dari warna merah kepada warna putih tidak dapat dibuktikan secara kira-kira matematik. Berapa jarak antara beza dua cahaya itu diperlukan supaya panjang gelombang dan frekuensinya selari adalah salah sama sekali. Sebagai pengiraan mudah, berapa jarak antara pemerhati yang sedang memerhatikan matahari terbit atau terbenam dengan pemerhati  di lokasi yang sedang berlaku istiwa, yang mana pada masa yang sama mereka di kawasan sedang mengalami istiwa memerhatikan matahari berwarna putih? Jarak inilah yang menjadi persoalan terhadap adakah nisbah jarak prototaip penghasilan spektrum cahaya pelangi dengan teori serakan cahaya daripada sains moden, adakah ia selari atau tidak? Pertembungan dengan molekul udara yang lebih banyak dari biasanya ditambah debu dan pencemaran udara yang menambah partikel cahaya yang diuraikan atau diserakkan tidak menyebabkan cahaya dapat diserakkan melainkan hanya menambah batas cahaya matahari dapat dilihat. Pada saat tiba di mata kita, yang tinggal hanya warna merah bermakna cahaya berwarna biru sudah diserakkan atau sudah dihalang dari menembusi molekul udara tebal lalu hanya cahaya merah sahaja dapat menembusi? Sebagaimana kita tahu, jika udara tebal samada ada awan atau kabus tebal hanya akan menyebabkan keseluruhan cahaya matahari terhalang. Jika diandaikan molekul udara tebal atau awan serta kabus tebal dilihat menyerakkan cahaya, maka kenapa ketika matahari masih samar-samar kelihatan ketika istiwa dan ada awan melindungi matahari kenapa tidak bertukar menjadi warna merah? Bukankah cahaya biru yang paling banyak terurai atau terserak dari warna asalnya iaitu cahaya putih dan hanya membenarkan cahaya merah sahaja menembusinya?

7. Perkara yang sama juga boleh terjadi pada bulan jika dan hanya konsep tentang perubahan matahari itu benar.

8. Perkara ini salah dan tidak benar sama sekali kerana jika memerhatikan matahari terbit dan terbenam di kawasan tiada pencemaran pun kita masih dapat lihat fenomena yang sama iaitu perubahan warna cahaya yang sama. Tidak ada kaitan pun semakin kotor udara di sekitar kita, semakin menarik perhatian lah warna bulan dan matahari yang boleh kita lihat. Mungkin ada kurang yakin dengan kenyataan ini nah ini antara sumber yang diambil dari website yang menyokong teori bumi sfera (globe earth) sendiri time and date dot com. 



=================

Kami menantikan komen balas dari pihak Globe Earth dalam perkara ini.

Pastikan anda tidak terlepas membaca artikel siri kedua berkaitan perubahan warna cahaya matahari, bulan dan langit. Subscribe dengan email di ruangan sebelah ini.